Submitted by sulkifli on
- Mewujudkan dan mempertingkatkan sistem pengurusan kewangan yang telus berpandukan kepada peraturan-peraturan kewangan yang dikeluarkan oleh kerajaan
- Mengawal peruntukan kewangan supaya selaras dan sehalauan dengan matlamat Majlis Sukan Negeri Sabah, berdasarkan peruntukan yang diluluskan
- Menyempurnakan proses tuntutan dan pembayaran subsidi geran persatuan, elaun jurulatih serta bantuan pembangunan sukan dengan teratur berpandukan prosedur dan peraturan-peraturan yang ditetapkan
- Menyelaras dan menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan Majlis Sukan Negeri Sabah kepada Kementerian Kewangan melalui Kementerian Belia dan Sukan Sabah.
- Melaksanakan tanggungjawab dan komited dalam menjadikan pentadbiran serta pengurusan Majlis Sukan Negeri Sabah berfungsi dengan efisyen dan produktif